Iftar Jam'ie



Assalamualaikum. Pung pang pung pang dah puasa! So, miza belum terlambat lgi nak ucap Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Jangan tinggal puasa! Lagi-lagi cuaca sedang panas ni kann. Ade je yang tekak kering, haus. Kalau bibir tu kering, basahkan dengan zikrullah. Hihihi, diri sendiri terasa deep. Ramadhan ni, kita bukan sahaja melakukan banyak ibadat, tetapi kita juga boleh meninggalkan perkara-perkara maksiat.

Ustazah Mizan kata "Maksiat bukan maksudnya berzina sahaja. Maksiat juga larangan-larangan Allah, macam tinggalkan solat.."

Lebih kurang mcm tu lah ayat ustazah. Jadi, marilah kita berusaha meninggalkan tabiat-2 buruk. Merokok, melawan ibu bapa, membazir masa, cuba kita berhentikan semua tu. *Erm, menulis blog ni pun membazir masa ke?* hihi.

So, Khamis lepas (2 Julai 2015) miza and my classmates were having Iftar Jam'ie! Secara jujurnya, inilah first time miza berbuka dengan classmates 5Sc1 & berbuka di sekolah & di kelas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. First first miza dtg sekolah, miza nampak mierul and then suha. Ingatkan dah ramai yg datang. Lagipun Cik Zai pun belum dtg. Yep! Dia yang masakkan untuk kami. Yoo datang juga akhirnya dengan basikal. Miza punyalah excited nampak basikal tu terus nak try naik. Hahahha, best naik! Si  "Dua" Intan pun nak try jugak naik basikal. Hahaha kteorg tiga je main basikal sambil menunggu lauk sampai. Tak reti nak penat langsung hahaha.

Bila semuanya siap berbuka siap makan-makan, tibalah masa mengemas. Ada yang solat maghrib di surau dan solat tarawikh sekali. DAN ada yang bagi meow makan *siapa lah tu kan*. So, here gambar-gambar sebagai kenangan.












p/s: Majoriti semuanya Syakirin amikkan gmbar. Thank you kak Syak!